Tren KTMB mula beroperasi di Stesen JB Sentral Khamis ini

19 Oct


JOHOR BAHRU: Semua tren Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) Antara Bandar di bandar raya ini akan beroperasi di bangunan baru, di Stesen JB Sentral, mulai Khamis ini.

Menurut kenyataan KTMB di sini hari ini, Stesen Keretapi Johor Bahru sedia ada yang beroperasi sejak 1 September 1932 akan ditutup mulai hari sama.

Bangunan itu sedang dipertimbang untuk dibangunkan sebagai Muzium Mini KTMB Wilayah Selatan.

“Pemindahan lokasi ke Stesen JB Sentral dijangka bakal memberi banyak kelebihan kepada KTMB dan pengguna kerana stesen ini menawarkan ruang yang lebih luas dan selesa serta dilengkapi fasiliti yang lebih moden.

“Stesen JB Sentral mampu menampung sehingga 2,500 penumpang setiap hari berbanding 500 penumpang di Stesen Keretapi Johor Baharu,” menurut kenyataan itu.

Kenyataan itu berkata selain KTMB, premis lain yang turut beroperasi di bangunan JB Sentral ialah Jabatan Imigresen, Kastam Diraja Malaysia, Polis Diraja Malaysia, Kementerian Dalam Negeri, Jabatan Kesihatan Malaysia, Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia, Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) dan Bahagian Perkhidmatan Farmasi. – BERNAMA

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: