Chelsea bertemu Malaysia 21 Julai depan

19 Oct


KUALA LUMPUR: Pendahulu Liga Perdana Inggeris (EPL) Chelsea, akan mengadakan perlawanan persahabatan dengan skuad pilihan Malaysia XI pada 21 Julai tahun depan dalam program pra musim Siri Jelajah Asia 2011 pasukan itu ke rantau ini.

Ketua Pegawai Eksekutif ProEvents, Julian Kam, iaitu promoter Siri Jelajah Chelsea ke Asia, dalam kenyataan hari ini berkata perlawanan itu akan diadakan di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Selain itu, pasukan “Blues” itu juga telah mengesahkan penyertaan pada Kejohanan Trofi Asia Barclays di Hong Kong bagi melengkapkan jelajah pra musim pasukan itu tahun depan.

Kejohanan Trofi Asia Barclays itu disertai oleh Aston Villa, Blackburn Rovers, kedua-dua pasukan EPL dan juara Divisyen Satu Hong Kong pada 27 hingga 30 Julai depan.

Kam berkata, sebuah program menyeluruh akan dirangka bagi menyambut ketibaan pasukan Chelsea ke Kuala Lumpur dan harga tiket perlawanan akan dimaklumkan kemudian. – BERNAMA

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: