Bajet 2011: Komen Anwar Ibrahim berkenaan Bajet 2011

17 Oct


Semasa di lobi parlimen, ketua pembangkang (oposisi) sempat memberikan sepatah dua kata berkenaan bajet 2011 yang baru sahaja dibentangkan oleh Najib Tun Razak.

Menurut Anwar Ibrahim bajet 2011 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dilihat hanyalah menjurus kepada Pilihan Raya Umum dalam tempoh masa yang terdekat dan bukan sebenarnya untuk kesejahteraan rakyat.

Ketua Oposisi, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata apa yang mengejutkan di dalam pembentangan Belanjawan 2011, Najib dilihat gagal menangani isu yang paling besar iaitu masalah defisit perbelanjaan kerajaan.

“Selalunya belanjawan itu adalah bagaimana untuk menangani masalah ekonomi, menjana pertumbuhan serta menarik pelaburan.

“Masalah paling besar adalah masalah rasuah, penyelewengan dan pembaziran juga tidak disebut oleh Najib”.

Apa yang disebut Najib kata beliau hanyalah projek mega yang berpuluh bilion ringgit yang memberikan manfaat hanya kepada kroni dan keluarga manakala rakyat pula diberikan cuma ratusan ringgit.

“Najib tidak memberikan penyelesaian yang jelas, melemparkan beberapa projek-projek yang besar dan sedikit kemudahan kepada rakyat yang dianggap cukup.

“Tetapi, isu pokok mengenai isu ekonomi negara tidak ditangani,” kata Ahli Parlimen Permatang Pauh ketika dikerumuni media di lobi Parlimen selepas ucapan belanjawan Perdana Menteri.

Ketika ditanya sama ada beliau berpuas hati atau tidak dengan bajet tersebut, Anwar berkata beliau akan menjawab soalan itu di Dewan Rakyat Isnin depan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: