Mahkamah tolak rayuan Amy Search

16 Oct


KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi semalam menolak rayuan penyanyi Amy Search terhadap keputusan Mahkamah Sesyen meneruskan perbicaraan saman kecuaian dikemukakan seorang kanak-kanak terhadapnya sehingga diperintahkan membayar ganti rugi RM18,000.

Pesuruhjaya Kehakiman Hadhariah Syed Ismail berkata, hakim Mahkamah Sesyen tidak terkhilaf dari segi prinsip undang-undang ketika memutuskan kanak-kanak itu berhak meneruskan saman terhadap Amy atau nama sebenarnya Suhaimi Abdul Rahman, 51.

Pada 24 September 2008, Nik Zahir Nik Mohd Idris mengemukakan saman bagi pihak anaknya, Nik Muhammad Zakwan ketika itu berusia empat tahun kerana mendakwa pekerja restoran Cheng Ho milik Amy cuai sehingga menyebabkan belakang anaknya melecur.

Pada 30 Januari tahun lalu, Hakim Mahkamah Sesyen, Sabariah Othman membenarkan permohonan Amy membatalkan saman dan pernyataan tuntutan plaintif bagaimanapun Mahkamah Tinggi mengarahkan kes itu didengar semula.

Sabariah dalam keputusannya pada 30 April lalu, membenarkan saman plaintif dan mengarahkan Amy membayar ganti rugi am RM8,000 bagi kecederaan kebakaran serta ganti rugi khas RM10,000 bagi kos rawatan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: