Hodgson mahu rai pemilik baru Liverpool dengan catat kemenangan

16 Oct


LIVERPOOL: Pengurus Roy Hodgson mahu Liverpool memberi ‘hadiah’ bermakna untuk pemilik baru kelab, New England Sports Ventures (NESV) dengan mencatatkan kemenangan menentang Everton, esok.

Skuad bimbingan Hodgson akan bertandang ke Goodison Park dengan matlamat mencatatkan kemenangan selepas dilanda kekalahan berpanjangan sebelum ini.

Juara Liga Perdana Inggeris sebanyak 18 kali itu kini terperosok dalam zon penyingkiran selepas melakukan permulaan musim yang terburuk dalam sejarah 57 tahun kelab itu.

Namun, masa depan Liverpool kembali menyinar apabila NESV memperuntukkan 300 juta pound (AS$480 juta) untuk mengambil alih kelab itu daripada pemilik sekarang, Tom Hicks dan George Gillett.

Hodgson dijangka diberi bajet yang besar untuk membaiki pasukannya dengan membeli beberapa pemain berkualiti,

Namun, Everton juga dalam bermasalah dengan melakukan permulaan musim yang kurang menyengat dan menyaksikan beberapa kekalahan kepada kelab itu. – AFP

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: