Empat ejen nafi anjur skim kutu haram

16 Oct


KUALA LUMPUR: Empat ejen sebuah syarikat pelaburan wang kutu mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini semalam, atas tuduhan menganjurkan pelaburan wang kutu yang dilarang.

Rosnani Rahim, 32, yang juga pemilik Syarikat Kristal Karisma Enterprise, didakwa menganjurkan kutu dikenali ‘Program Ekspres’ di No 5-3, Jalan 15/48A The Boulevard Shop Office, Off Jalan Sentul di sini, antara 19 November 2008 dan 29 April 2010 lalu. Rosnani didakwa mengikut Seksyen 3 Akta (Larangan) Kumpulan Wang Kutu 1971 yang membawa hukuman denda maksimum RM5,000 atau penjara sehingga tiga tahun atau kedua-duanya jika bersalah. Tiga individu lain, Salina Ahmad, 45, Ma’mor Kamaruddin, 45, dan Rimahyon Sanuri, 39, yang juga pemilik Syarikat Al Falah Global Resources didakwa bersubahat dengan pemilik Syarikat World Heritage Recources, Rahimah Rahim, 39, dan Sabbri Yusof, 49, menganjurkan skim itu di No 3 Jalan Keluli AM7/AM, Pusat Perniagaan Bukit Raja Seksyen 7 di sini, antara 4 November 2009 hingga 29 April lalu.

Mahkamah menetapkan 11 November depan untuk sebutan semula kes.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: