Pegawai Imigresen ditahan ISA bersekongkol sindiket berbahaya – Hishamuddin

14 Oct

KUALA LUMPUR: Tujuh pegawai Imigresen termasuk seorang berpangkat Timbalan Penolong Pengarah yang ditahan mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) adalah kerana bersekongkol dengan ketua-ketua sindiket yang sangat berbahaya serta boleh memudaratkan keselamatan negara, kata Menteri Keselamatan Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Beliau berkata pembabitan mereka bukan hanya aktiviti penyeludupan manusia melalui pintu masuk utama tetapi juga terdedah kepada pelbagai jenayah serius lain seperti aktiviti pengganas, penyeludupan senjata api, dadah dan penyuluhan (pengintipan). “Mereka sudah dipantau lama oleh polis, dan pembabitan mereka dengan ketua-ketua sindiket ini sangat berbahaya dan serius. “Saya memandang berat kes-kes penyeludupan ini kerana membabitkan soal keselamatan di pintu masuk negara sekali gus menjejaskan nama baik negara dan turut menimbulkan ancaman kepada keselamatan di rantau ini,” katanya kepada pemberita selepas dikunjungi Menteri Imigresen dan Kerakyatan Australia, Chris Bowen di pejabatnya di Bukit Aman di sini hari ini. Beliau diminta mengulas penahanan tujuh pegawai imigresen itu dan dua warga asing mengikut ISA dalam operasi besar-besaran selama tiga hari bermula Ahad lalu. Kesemua pegawai imigresen yang ditahan itu dipercayai bertugas di Lapangan Terbang Antarabangsa KL dan Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT) di Sepang. Hishammuddin berkata, tindakan penahanan itu mampu membongkar dan mengekang kegiatan sindiket penyeludupan warga asing. “Saya mahu siasatan diteruskan hingga ke akar umbi kerana mahu setiap inci kegiatan sebegini dilumpuhkan. Hishammuddin bagaimanapun mempertahankan kewibawaan majoriti pegawai Imigresen yang menjalankan tugas dan tanggungjwab dengan jujur dan amanah. Mengenai pertukaran Ketua Pengarah Imigresen Datuk Abdul Rahman Othman ke KDN sebagai Setiausaha Bahagian Imigresen, Hishammuddin berkata ia adalah proses biasa. “Tidak ada kaitan dengan kes-kes membabitkan jabatan itu sejak akhir-akhir ini. Ianya hanyalah proses biasa yang melibatkan pegawai dalam mana-mana jabatan kerajaan,” katanya. -Bernama

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: