WCT dapat kontrak bina KLIA2 RM486j

9 Oct

WCT Bhd memperoleh kontrak pembinaan kompleks bersepadu di Terminal Tambang Murah (KLIA2) di Sepang bernilai RM486 juta daripada Malaysia Airport Holdings Bhd (MAHB).

Syarikat pembinaan dan infrastruktur itu dalam kenyataannya kepada Bursa Malaysia, berkata kontrak berasaskan model ‘bina-kendali-serah’ itu untuk tempoh konsesi sehingga 25 tahun.

“WCT dan MAHB akan mengendalikan konsesi berkenaan menerusi kenderaan tujuan khas (SPV) yang 70 peratus kepentingannya dikuasai WCT.

“Kos pembinaan dianggarkan bernilai RM486 juta dan dijangka siap pada 30 Jun 2012,” kata kenyataan itu.

Selepas tempoh tamat, tempoh konsesi boleh dilanjutkan selama 10 tahun lagi, tertakluk kepada syarat dan terma, katanya.

WCT berkata, SPV berkenaan akan membiayai sebahagian daripada kos menerusi dana dalaman dan pinjaman bank.

“Berikutan KLIA2 bakal menjadi terminal untuk penerbangan tambang murah dan jangkaan permintaan terhadap penerbangan tambang murah, prospek bagi SPV adalah positif,” kata WCT.

Konsesi itu, katanya tidak memberikan sebarang kesan material kepada aset bersih, pendapatan dan gearan WCT untuk tahun kewangan berakhir 31 Disember 2010 dan ia dijangka menyumbang secara positif kepada pendapatan syarikat pada masa depan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: