Tera Patrick gegar Indonesia

9 Oct


Bintang filem lucah Amerika berlakon filem seram ‘Rintihan Kuntilanak Perawan’

JAKARTA: Bintang filem dewasa popular Amerika Syarikat, Tera Patrick, bersedia berlakon dalam kisah seram berjudul Rintihan Kuntilanak Perawan, mencetuskan bantahan golongan konservatif Indonesia, setahun selepas kerajaan melarang pelakon lucah Jepun, Maria Ozawa, masuk ke republik itu.

Kali ini, pengeluar filem berkenaan, KK Dheeraj berkata, Patrick akan membintangi filem itu bersama aktres tempatan, Catherine Wilson dan Angel Lelga.
Bagaimanapun, Dheeraj, enggan mendedahkan butir-butir perjalanan Patrick ketika berada di Jakarta untuk penggambaran.

“Saya tidak boleh beritahu anda, perkara itu rahsia,” kata Dheeraj yang dipetik kompas.com.

Beliau juga enggan memberitahu bilakah filem itu akan ditayangkan kepada umum.
“Saya tidak dapat beritahu tarikh tayangannya. Apapun, tayangannya tidak lama lagi,” katanya.

Dalam kes Ozawa atau lebih dikenali sebagai Miyabi, pelakon itu gagal menyertai penggambaran filem Menculik Miyabi selepas kumpulan agama membantah kehadirannya di Indonesia meskipun lakonannya tidak membabitkan adegan bogel.

Bantahan kehadiran Patrick sudah disuarakan Barisan Pembela Islam (FPI) yang menyifatkan jemputan aktres itu oleh produser filem berdarah India itu sebagai sangat keterlaluan.

“FPI menolak keras. Mereka harap dengan filem itu, masyarakat Indonesia, khususnya umat Islam akan mengikut nafsu kebinatangan,” kata pemimpin FPI Unit Nahi Munkar, Munarman.

Munarman berpendapat, langkah membawa artis porno itu adalah satu bentuk serangan terhadap bangsa Indonesia yang majoriti penduduknya beragama Islam.

“Mereka ini selalu melakukan serangan dari segala sudut termasuk menggunakan alasan budaya dan kebebasan berucap,” tegasnya.

Dilahirkan di Great Falls, Montana pada 25 Julai 1976 dan awalnya menjadi model di bawah naungan Ford Modeling Agency, pada usia 13 hingga 18 tahun.

Berkelulusan sarjana mikrobiologi dan bekerja sebagai jururawat sebelum kembali menjadi model bogel dan seterusnya filem dewasa. Pada 2003 Patrick bertemu dengan Evan Seinfeld dan berkahwin pada 2004. – Agensi

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: