Maya Karin Bercuti Panjang

1 Oct


Buat pertama kalinya, aktres jelita ini bakal bercuti panjang daripada segala aktiviti seni. Maya Karin bakal terbang ke Vietnam dan kemudian ke China untuk menikmati percutiannya. Apa yang istimewa di Vietnam dan China sehingga Maya sanggup menghabiskan sisa cutinya melawati kedua-dua negara tersebut.

“Inilah cuti raya paling panjang sepanjang hidup Maya. Segala penggambaran telahpun ditangguhkan sehingga satu masa yang ditetapkan. Sudah hampir enam tahun Maya tak bercuti dan terlalu fokus kepada kerja. Inilah peluang untuk manfaatkannya.

“Maya ke Vietnam sebab bapa bekerja di sana dan ingin menghabiskan masa kualiti bersamanya. Mungkin Maya akan berada di sana dua minggu. Dan kemudian Maya akan ke China sebab adik dari Mexico juga akan bercuti di sana. So sudah alang-alang, apa salahnya kami bercuti bersama, lagipun sudah dua tahun Maya tak jumpa adik,” ulasnya yang bakal muncul dalam teater Natrah di Istana Budaya.


Melarikan Diri?

Segala kontroversi mengenai perceraian dan juga hubungan rapat dengan Remy Ishak seakan-akan menenggelamkan aktiviti seninya. Mungkinkah pemergiannya adalah satu cara melepaskan tekanan dan desakan yang menghimpit kehidupannya sehingga kini?

Meyakinkan media dirinya kini semakin pulih daripada luka akibat perpisahan, namun dia masih belum bersedia mengulas kehidupan peribadinya.

“Buat masa sekarang berilah Maya masa untuk diri sendiri dan masih terlalu baru untuk fikirkan mengenai hubungan baru. Tidak sesuai bercerita kisah ini kerana masih banyak hati yang perlu dijaga. Kisah peribadi biarlah Maya sendiri yang simpan.

“Maya terima segala kontroversi yang melanda. Tak boleh nak melenting kerana Maya cari rezeki dalam dunia hiburan dan menjadi perhatian masyarakat,” kata Maya ketika ditemui pada Majlis Rumah Terbuka Wanita Hari Ini dan Nona di Restoran Istana Bambu, Ampang.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: