Archive | October, 2010

Senarai Pemenang Festival Filem Malaysia Ke 23

24 Oct

Majlis ini turut disiarkan secara langsung di saluran RTM dan Astro PRIMA pada jam 8.30 malam. Siaran tertunda FFM23 akan disiarkan di Astro Citra jam 12 tengahmalam.

Selepas berlangsung malam anugerah, FFM23 disusuli pula dengan Malam Pasca & Post Party FFM23 di mana dan diumumkan juga Pakaian Terbaik Lelaki & Wanita yang akan membawa pulang hadiah set Rafflesia bernilai RM5,000 bersama dengan pemenang pereka juga merangkul hadiah yang sama.

Sebanyak 12 kategori anugerah cipta yang dipertandingkan telah pun diumumkan di Majlis Pelancaran FFM23 pada 20 Oktober 2010 yang lalu di mana menyaksikan filem Magika telah menang 5 anugerah dari 12 anugerah pada malam itu.

Setiap pemenang membawa pulang wang tunai sebanyak RM10,000 berserta dengan trofi FFM 23.

Okay, ini senarai 12 anugerah FFM23 yang diumumkan semasa Pelancaran FFM23 sebelum ini.

1. Anugerah Poster Terbaik
Pemenang: Filem Belukar

2. Anugerah Kostum/Busana Terbaik
Pemenang: Hasnan Yaakub dari Filem Magika – KRU Studios

3. Anugerah Lagu Tema Asal Terbaik
Pemenang: Edry Abdul Halim – Filem Magika

4. Anugerah Penataan Bunyi Terbaik
Pemenang: Brian Ng – V3 Samseng Jalanan

5. Anugerah Penataan Seni Terbaik
Pemenang: Anuar Paharudin & Johan Lucas – Filem Magika

6. Anugerah Pelakon Harapan Lelaki
Pemenang: Shashi Taran – Filem Estet

7. Anugerah Pelakon Harapan Wanita
Pemenang: Daphne Iking – Filem Belukar

8. Anugerah Pelakon Kanak-Kanak Terbaik
Pemenang: Fimie Don – Filem Magika

9. Anugerah Pelakon Pembantu Wanita Terbaik
Pemenang: Yana Shamsudin – Filem Adnan Sempit

10. Anugerah Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik
Pemenang: Shaheizy Sam – Filem Evolusi KL Drift 2

11. Anugerah Pengarah Harapan
Pemenang: Edry Abdul Halim – Filem Magika

12. Anugerah Filem Komedi Terbaik
Pemenang: My Spy – KRU Studios

Berikut ini pula ada senarai anugerah utama yang diumumkan di Malam Anugerah Festival Filem Malaysia ke-23:

Anugerah Khas Juri FFM23:
1. Filem Cinta Ais Kacang – Asia Tropical Film
2. Filem Woohoo – Astro Shaw
3. Filem Estet – Naga VSX
4. Filem Muallaf – NZX Film

13. Anugerah Lakon Layar Terbaik
Pemenang: Jumaatun Azmi – Filem Haq

14. Anugerah Cerita Asal Terbaik
Pemenang: Ahadiat Akashah – Lagenda Budak Setan

15. Anugerah Sinematografi Terbaik
Pemenang: Raja Mukhriz – Filem Niyang Rapik

16. Anugerah Penyunting Terbaik
Pemenang: Hisyam Jupri & Syamsul Yusof dari Evolusi KL Drift 2

17. Anugerah Skor Muzikal Asal Terbaik
Pemenang: Edry Abdul Halim – Magika

18. Anugerah Filem Animasi Terbaik
Pemenang: Buas
Anugerah Dokumentari Terbaik : Suatu Ketika Laskar Senoi – Astro Entertaiment

19. Anugerah Filem Pendek Terbaik
Pemenang: Project
Anugerah Pelakon Veteren Lelaki FFM23: Seniman Tamam Idris
Filem Boxoffice FFM23 : Filem Adnan Sempit
Anugerah Pelakon Veteren Wanita FMM23 : Seniwati Datuk Sarimah Ahmad. Anugerah Khas Penggiat Belakang Tabir FFM23 : Johari Ibrahim.

20. Anugerah Pelakon Lelaki Terbaik
Pemenang: Bront Palarae – Filem Belukar

21. Anugerah Pelakon Wanita Terbaik
Pemenang: Lisa Surihani – Lagenda Budak Setan

22. Anugerah Pengarah Filem Terbaik
Pemenang: Shamsul Yusof dari Scop Productions membawa pulang sebuah trofi & hadiah RM20ribu

23. Anugerah Filem Terbaik FFM23
Pemenang: Filem Magica membawa pulang sebuah trofi & RM50ribu

Advertisements

Iraq tak terkejut data rahsia

24 Oct

BAGHDAD: Kementerian Hak Asasi Manusia Iraq berpendapat, maklumat terbaru didedahkan WikiLeaks ‘tidak membawa sebarang kejutan’.

Jurucakap kementerian itu, Kamil al-Amin, berkata sebelum ini pihaknya memang mendedahkan pelbagai salah laku di negara itu, seperti kekejaman di Penjara Abu Ghraib, dengan kebanyakannya membabitkan tentera AS.

“Kematian memang banyak berlaku dan ramai orang dikebumikan tanpa sebarang dokumen kerana ketika itu kerajaan belum berjaya mengawal keadaan,” katanya, semalam.

Abu Ghraib adalah penjara paling ditakuti pada era pemerintahan Saddam Hussein sebelum ia diambil alih AS selepas pemimpin Iraq itu disingkirkan pada 2003.

Ia kemudian menjadi pusat penderaan warga Iraq oleh tentera AS. – AFP

Link: http://wikileaks.org/

Lanun rampas kapal LPG Singapura

24 Oct


SINGAPURA: Sebuah kapal yang berdaftar di Singapura ditawan oleh lanun di perairan Mombasa, Kenya, kata pihak berkuasa pelabuhan hari ini.

Lembaga Maritim dan Pelabuhan Singapura (MPA) berkata, pihaknya menerima laporan bahawa kapal gas cecair petroleum, York itu di naiki lanun pada kedudukan kira-kira 90 batu nautika dari Mombasa.

Ia menerima amaran kecemasan pada kira-kira jam 8.25 malam tadi waktu tempatan.

Ketika kejadian, kapal itu dilapor dalam perjalanan dari Mombasa ke Mahe, Seychelles dan terdapat 17 krew di atas kapal terbabit.

MPA kini bekerjasama dengan agensi kerajaan berkaitan dan pemilik kapal, York Maritime Company Pte Ltd untuk menangani perkara itu.-Bernama

Malique buka Karma Music

24 Oct


REZEKI anak dan rumah tangga, Diva tumpang bangga dengan perkembangan dunia seni Malique, penyanyi Too Phat yang kedengaran sepi tetapi rupa-rupanya sedang ligat menjalankan bisnesnya.

Terbaru, Diva dengar Malique telah pun membuka sebuah syarikat di Bali dengan nama Karma Music. Bila sebut nama Malique dan Too Phat memang berlum-lumbalah artis yang sealiran dengannya mahu bekerjasama dengan kumpulan itu.

“Dengarnya memang ramai yang mahu menjadi artis naungan Malique dan mendapat bimbingan daripadanya. Malique membina dan mempunyai nama yang cukup besar di Indonesia. Malah lagu-lagunya sudah berkumandang di Bali dan diterima ramai,” ujar sumber Diva, si Ranting. Selamat maju jaya di rantau orang, Malique

Program sijil separuh masa kolej komuniti

24 Oct


JITRA – Jabatan Pengajian Kolej Komuniti, Kementerian Pengajian Tinggi hari ini melancarkan Sijil Modular Kebangsaan secara separuh masa sebagai pendekatan baru yang lebih fleksibel bagi menggalakkan masyarakat mendapatkan latihan kemahiran.

Menterinya, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, melalui pembelajaran separuh masa, golongan pekerja boleh menyertai program modular itu di institusi tersebut tanpa perlu mengambil cuti atau berhenti kerja.

“Tumpuan kini khusus dalam usaha melonjakkan peratusan tenaga kerja berkemahiran tinggi daripada 23 peratus kepada sekurang-kurangnya 37 peratus menjelang 2015.

“Melalui pelaksanaan program modular separuh masa ini, ia membolehkan pelajar mengikuti pelbagai modul jangka pendek berasaskan keupayaan mereka dalam tempoh antara tiga hingga enam bulan sahaja,” katanya kepada pemberita selepas pelancaran program itu di Kolej Komuniti Bandar Darul Aman, di sini.

Katanya, mereka yang berminat mengikuti program ini juga tidak memerlukan sijil lain sebagai prasyarat kemasukan, manakala setiap pelajar pula akan diajar mengikuti kemahiran asas sesuatu bidang. – Bernama

Link: Kolej Komuniti

Foto berahi perkahwinan Jupe

23 Oct


JULIA PEREZ keluar dengan foto-foto perkahwinan yang unik tetapi dianggap ‘liar’ oleh khalayak.

PELAKON seksi, Julia Perez sentiasa mencetuskan kontroversi. Terbaru, dia menyebabkan dunia hiburan Indonesia heboh dengan gambar-gambar praperkahwinannya bersama pemain bola sepak dari Argentina, Gaston Castano.

Gambar-gambar tersebut sudah pun mula beredar di Internet. Julia mengakui bahawa gambar tersebut miliknya dan Gaston sebaik diminta mengulas perkara tersebut.


“Itu memang gambar kahwin saya. Tetapi nikahnya belum lagi, masih lama,” ujar artis yang selesa tampil seksi tersebut. Julia yang selesa disapa Jupe itu menafikan dia akan melepaskan status jandanya dalam masa terdekat.

“Tidaklah, rasanya masih lama. Sekitar tahun depan pastinya. Masih lama,” kata Julia.

Layan pelanggan terpilih di rumah

23 Oct


AKTIVITI SAMBILAN… membuat persediaan melayan pelanggan di rumah.

KUALA LUMPUR: Sekali imbas, sebuah rumah di Ampang, dekat sini, kelihatan seperti kediaman biasa dihuni sekumpulan anak gadis dari desa yang merantau ke ibu kota untuk mencari rezeki.

Namun selepas diselidik, rupa-rupanya rumah itu menyimpan pelbagai rahsia penghuninya, termasuk menawarkan khidmat urut tiga dalam satu iaitu urut biasa, batin atau khidmat seks jika bayaran ditawarkan pelanggan memuaskan.

Segala-galanya bermula apabila seorang penghuni rumah itu diperangkap menerusi perbualan di laman sosial selepas Metro Ahad memperoleh maklumat mengenai kegiatan itu.

Siasatan mendapati ‘perniagaan’ gadis itu, Ana, 20, agak unik apabila dia meminta deposit 50 peratus sebagai tempahan dan bayaran itu perlu dimasukkan ke dalam akaunnya.

Selepas wang dimasukkan, dia menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) untuk memberitahu alamat kediamannya, selain menentukan masa perkhidmatan.

Tanpa menyedari dirinya terperangkap, Ana menceritakan aktiviti itu dilakukan untuk mencari wang dengan cara mudah dan selamat.

“Aktiviti ini saya lakukan secara ‘part-time’. Bila ada pelanggan hubungi saya menerusi laman sosial, baru saya melayan. Jika tiada, saya melepak bersama rakan.

“Lagipun, bukan susah untuk mengurut. Kebetulan, saya pandai mengurut. Ada yang mahu saya urut betul-betul. Ada juga yang hanya mahukan urutan batin dan khidmat seks.

“Biasanya saya tidak menyediakan khidmat seks. Namun jika ada yang memujuk dan membayar lebih, saya menerimanya,” katanya yang mampu memperoleh pendapatan hingga RM3,000 sebulan.

Menurut Ana, rakan serumahnya turut melakukan aktiviti sama.

Malah, katanya, setiap pelanggan yang mahukan khidmat berkenaan diberi alamat rumah dan diminta datang ke situ.

“Saya menjalankan aktiviti di rumah. Saya dan rakan menyewa rumah sebagai tempat kediaman tetapi jika mahu khidmat kami, pelanggan akan datang ke rumah.

“Begitupun, saya meminta mereka memasukkan wang ke dalam akaun saya terlebih dulu sebelum memberi alamat dan nombor telefon. Takut nanti mereka memperalatkan saya,” katanya.

Bagaimanapun, Ana hanya menjalankan kegiatan haramnya pada waktu siang ketika waktu pejabat bagi mengelak aktiviti itu dihidu jiran atau pihak berkuasa.

Baginya, tempoh lapan jam itu mencukupi untuk mendapatkan pendapatan ala eksekutif muda setiap bulan tanpa perlu bekerja keras dan hanya menunggu pelanggan di rumah.

“Siapa mampu beri semua ini kepada saya? Jika bukan berusaha sendiri, saya tidak dapat miliki semua ini. Walaupun sekadar separuh masa, pulangannya lumayan.

“Paling banyak saya dapat mengumpul RM3,000 sebulan. Jika diikutkan, ia cukup banyak bagi kerja separuh masa,” katanya.

Selain Ana, Linda, 20, turut menjalankan aktiviti sama. Dia yang terpengaruh dengan rakannya mula berjinak-jinak dengan aktiviti itu seawal usia 19 tahun.

Menurut Linda, rakannya sering menayangkan kemewahan di depannya dan disebabkan perasaan ingin tahu, dia mula bertanya dan kemudian turut mencuba.

“Dulu, saya melayari laman sosial hanya di rumah. Jika ada pelanggan, saya bawa mereka ke rumah rakan. Mula-mula takut juga tetapi bila sudah biasa, ia tidak menjadi masalah.

“Saya mengenakan bayaran RM100 bagi setiap sesi urutan. Begitupun, saya tidak menawarkan khidmat seks. Terpulang kepada pelanggan mahu yang mana satu, urut biasa atau batin,” katanya yang beroperasi di sebuah kondominium di ibu kota.

Pada mulanya, Linda mahu melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi, namun apabila terjebak dengan kemewahan cara mudah, impian itu dilupakan.

“Bukan mudah untuk hidup senang sekarang. Bagi saya, pelajaran belum tentu menjamin masa depan. Jadi apa salahnya saya bekerja seperti ini?

“Bezanya, saya mengurut di rumah dan bukan di pusat urutan mahupun spa. Sekurang-kurangnya, saya mendapat bayaran bersih dan tidak menerusi orang ketiga.

“Lagipun, mengurut di rumah lebih selesa. Tidak ramai tahu aktiviti kami dan saya hanya memilih pelanggan yang tidak dikenali. Namun, jika pelanggan mahu urutan melegakan kesakitan, saya tetap melayan,” katanya yang menawarkan khidmat sepenuh masa, termasuk malam.