Kaut RM30 juta anjur skim kutu

29 Sep
SHAH ALAM: Sepasang suami isteri dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, semalam, atas tuduhan menganjurkan pelaburan wang kutu menggunakan wang pos dinamakan Program Ekspres yang dikatakan sudah mencatatkan keuntungan kira-kira RM30 juta hasil penyertaan 30,000 ahli.

DISAMAN…Sabbri dan isterinya, Rahimah keluar dari Mahkamah Majistret Shah Alam, semalam.

Sabbri Yusof, 49 dan isterinya, Rahimah Rahim, 39, pemilik World Heritage Resources, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas saman ke atas mereka dibacakan di hadapan Majistret Hafizah Abdul Rajak.

Kedua-duanya didakwa menggunakan syarikat milik mereka untuk menganjurkan pelaburan wang kutu sedangkan syarikat itu berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) sebagai ejen komisen wang.

Mereka didakwa menjalankan Program Ekspres yang menyalahi Akta Kumpulan Wang Kutu 1971 di antara 1 Disember 2008 hingga 29 April lalu.

Pasangan itu berasal dari Kuala Lumpur disaman mengikut Seksyen 3 akta berkenaan yang memperuntukkan hukuman denda tidak melebihi RM5,000 atau penjara maksimum tiga tahun atau kedua-duanya jika disabitkan kesalahan.

Dalam prosiding semalam, pendakwaan diwakili Pegawai Pendakwa SSM, Steve Chin Yun Cheong, manakala pasangan terbabit tidak diwakili peguam. Hafizah menetapkan 2 November depan sebagai tarikh sebutan semula kes itu.

Tindakan terhadap syarikat itu susulan serbuan serentak dilakukan SSM terhadap tiga syarikat perniagaan yang dipercayai menganjurkan program pelaburan wang kutu dengan kaedah wang pos.

Selain World Heritage Resources milik Sabbri dan Rahimah, dua lagi syarikat dijangka berdepan tindakan undang-undang oleh SSM.

Aktiviti syarikat terbabit melanggar akta yang melarang orang perseorangan, perniagaan atau syarikat daripada menganjurkan program kutu seumpama itu.

Menurut suruhanjaya itu, berdasarkan maklumat, ada pelbagai pakej ditawarkan penganjur program merangkumi pelbagai pelan pelaburan.

Sebagai contoh, Pelan A Platinum mensyaratkan peserta membuat pelaburan RM312, Pelan A Emas (RM100), Pelan A Perak (RM50), Pelan B Platinum Bijak (RM396.50) dan Pelan B Emas Bijak (RM136.50).

Difahamkan, siasatan suruhanjaya mendapati World Heritage Resources yang beroperasi sejak akhir 2008 mendapat sambutan hebat di kalangan pelabur Bumiputera sehingga ada peserta melabur sehingga RM300,000

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: