Paris Hilton Batalkan Kunjungan ke Malaysia

25 Sep


KUALA LUMPUR, 23 SEPTEMBER 2010: Sayang seribu kali sayang, peminat sosialis dan pewaris empayar Hotel Hilton , nampaknya akan mengigit jari apabila impian untuk bertemu Paris Hilton di Malaysia hanya tinggal impian semata-mata.

Paris, 29 yang sepatutnya berada di ibu negara esok sempena melancarkan koleksi tas tangan musim luruh/dingin dari jenamanya Paris Hilton dan juga bagi memperkenalkan haruman terbarunya,Tease terpaksa melupakan hasratnya untuk datang ke sini.

Menerusi kenyataan yang dikeluarkan Miwaki Sdn Bhd dan Prestige Products (M) Sdn Bhd selaku pihak bertanggungjawab membawa Paris ke sini, hos rancangan My New BFF itu terpaksa membatalkan hasratnya untuk sama-sama memeriahkan pelancaran 2 jenama miliknya itu.

Dalam kenyataan itu menyebut, Paris dinasihatkan pulang ke Amerika Syarikat selepas kemunculannya bersama pesawat peribadinya di lapangan terbang Narita, Jepun 22 September lalu telah dilarang untuk memasuki negara berkenaan.

Bagaimanapun menurut pihak penganjur, majlis pelancaran produk terkini Paris itu akan tetap diteruskan di ruang legar utama Pavilion, petang esok walaupun tanpa kemunculan ikon fesyen berkenaan.

“Dia benar-benar kecewa dan sedih kerana tidak berpeluang bertemu peminatnya di Kuala Lumpur. Paris sememangnya ingin berkunjung ke Asia untuk melancarkan koleksi beg tangan dan haruman terbarunya,” katanya kepada murai.com.my.

Paris telah ditahan oleh pihak imigresen di Jepun dan dilarang memasuki negara matahari terbit berkenaan berhubung isu dadah.

Paris sepatutnya berada di 200 buah negara termasuk Jepun, Malaysia dan diikuti Indonesia, sebagai langkah promosi besar-besaran bagi memperkenalkan koleksi tas tangan dan haruman terbarunya itu.

Pihak penganjur bagaimanapun akan memaklumkan kepada pihak media dan peminatnya di sini sekiranya Paris bercadang untuk menjadualkan semula kunjungannya ke Malaysia.

Credit: murai.com malaysia

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: