Kes Bunuh Datuk Sosilawati: Jentolak dibawa masuk ke Ladang Gadong

25 Sep

KUALA LANGAT: Sebuah jentolak dilihat dibawa masuk ke Ladang Gadong di Tanjong Sepat di sini petang tadi, iaitu lokasi pembunuhan jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga lelaki lain.

Jentera berkenaan memasuki kawasan itu dengan diiringi sebuah kereta peronda polis kira-kira 4.30 petang sebelum meninggalkan kawasan ladang kira-kira 6.15 petang.

Sebelum itu, wakil media yang berkampung di depan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Langat melihat 12 kenderaan MPV polis dan forensik serta sebuah van yang membawa empat suspek, keluar dari perkarangan IPD itu kira-kira 3.45 petang dan masuk ke ladang berkenaan pada 4 petang.

Media, bagaimanapun, dihalang memasuki kawasan ladang itu dan terpaksa menunggu di simpang berhampiran kuil, iaitu kira-kira 600 meter dari ladang milik suspek utama kes pembunuhan tersebut.

Namun, pergerakan polis yang berlaku itu difahamkan mempunyai kaitan dengan kes lain tetapi melibatkan suspek utama kes Sosilawati. – Bernama

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: