JPJ kemukakan mansuh saman ekor kepada Kabinet

25 Sep

JELI: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan memperhalusi cadangan memansuhkan saman ekor sebelum dikemukakan kepada Jemaah Menteri untuk mendapatkan kata putus, kata Timbalan Pengarahnya, Datuk Ismail Ahmad.

Beliau berkata, pihaknya sedar penguatkuasaan peraturan saman ekor itu boleh mengundang pelbagai kesulitan kepada pemilik kenderaan memperbaharui cukai jalan akibat disenaraihitamkan.


“Ini membabitkan dasar dan InsyaAllah cadangan itu akan dibawa oleh Ketua Pengarah JPJ (Datuk Solah Mat Hassan) kepada menteri berkenaan dan seterusnya kepada Kabinet,” katanya selepas merasmikan majlis penutup Program Satu Komuniti Satu JPJ (SKSJ) di Sekolah Menengah Batu Gajah di sini, hari ini.


Hadir sama, Pengarah Korporat dan Penyelidikan JPJ, Zairi Mat Ali dan Pengarah JPJ Kelantan, Abdul Ghani Che Kassim.

Pada majlis itu, kira-kira 200 peneroka berumur 45 tahun ke atas di jajahan Tanah Merah diberi kemudahan mendapatkan lesen memandu melalui ujian lisan.

Ismail berkata, kerajaan juga akan memperluaskan lagi program SKSJ ke seluruh negara, terutama di Sabah dan Sarawak kerana masih ramai penduduk kawasan luar bandar di negeri itu yang tidak memiliki lesen memandu.

Katanya, program itu yang dahulunya dikenali sebagai ”JPJ Bersama Rakyat” (JBR) diperkenalkan sejak 1990an bagi memberi kemudahan perkhidmatan secara terus kepada masyarakat luar bandar memperoleh lesen memandu.
Menurutnya, program itu akan ditetapkan sebanyak tiga kali setahun di setiap negeri dan mengikut keperluan kawasan pedalaman di sesebuah negeri itu, termasuk di Sabah dan Sarawak. – Bernama

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: