Beckham saman majalah siar berita bohong

24 Sep


LOS ANGELES: David Beckham akan memfailkan saman di Jerman terhadap majalah Amerika Syarikat yang menyiarkan tuduhan mengenai kehidupan peribadi bekas kapten England itu.

Jurucakap Jeff Raymond berkata, pemain tengah itu akan menyaman majalah In Touch di beberapa tempat mulai hari ini tetapi enggan memberikan butiran lanjut.


Penerbit In Touch, Bauer Media, berpangkalan di Hamburg.

Syarikat pengurusan Beckham, 19 Entertainment, menyatakan tuduhan dalam majalah mingguan itu “tidak benar sama sekali dan tidak masuk akal”.

“Malangnya, kita hidup dalam dunia di mana sebuah majalah boleh mencetak pembohongan dan percaya mereka boleh terlepas daipada tindakan. Kami sedang mengambil tindakan undang-undang terhadap majaah itu,” menurut kenyataan 19 Entertainment.

Beckham berkahwin dengan bekas anggota kumpulan Spice Girl, Victoria Beckham sejak 11 tahun lalu dan pasangan itu dikurniakan tiga anak. – AP

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: