24 hotel di Lembah Klang guna bahan diragui untuk Bufet Ramadan: JAKIM

20 Aug

KUALA LUMPUR: Sebanyak 24 hotel di Lembah Klang yang menawarkan Bufet Ramadan didapati menggunakan bahan yang diragui status halalnya, kata Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) Datuk Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz hari ini.

Beliau berkata, hasil pemantauan yang dibuat ke atas 34 hotel di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor yang meliputi hotel lima bintang ke bawah sepanjang 10 hari berpuasa mendapati 70 peratus tidak memenuhi keperluan piawaian Pensijilan Halal Malaysia.

“Antara hasil penemuan ialah penggunaan bahan mentah berasaskan alkohol, bahan ramuan yang diragui, bahan mentah yang tiada pengesahan halal, ayam daripada sumber yang tidak jelas dan percampuran di antara bahan mentah halal dengan tidak halal di kawasan penerimaan dan stor penyimpanan,” katanya dalam satu kenyataan di sini. Wan Mohamad berkata, JAKIM akan terus melaksanakan pemantauan dan penguatkuasaan terhadap hotel sepanjang Ramadan dan mengingatkan pengurusan hotel supaya tidak menyalahgunakan terma Bufet Ramadan yang mengelirukan umat Islam yang berbuka puasa.

Beliau berkata, sepanjang 10 Ramadan pertama ini, Jakim telah menerima 16 permohonan persijilan halal dari hotel seluruh negara.

Katanya, orang ramai boleh melayari laman web http://www.halal.gov.my bagi mendapatkan maklumat mengenai premis yang mempunyai sijil halal Jakim. – Bernama

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: