Malaysia-Indonesia setuju bebas tahanan insiden di Bintan

16 Aug

KUALA LUMPUR: Indonesia bersetuju untuk membebaskan tujuh nelayan Malaysia yang ditangkap petugas Kementerian Kelautan dan Perikatan Indonesia Jumaat lalu kerana dikatakan menceroboh perairan negara itu.

Kementerian Luar Negeri dalam kenyataannya hari ini, memaklumkan persetujuan itu dicapai hasil perbincangan Menteri Luar kedua-dua negara yang turut menyaksikan persetujuan Malaysia untuk melepaskan tiga petugas Kementerian Kelautan dan Perikanan Indonesia yang ditahan Pasukan Gerakan Marin Malaysia dalam insiden yang sama.

Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman dan rakan sejawatannya di Indonesia Dr R M Marty M Natalegawa dalam perbincangan mereka bersetuju supaya perkara tersebut diselesaikan secara baik dan segera. “Kesemua mereka akan dibebaskan setelah keterangan selesai diambil,” demikian menurut kenyataan itu lagi.

Kementerian Luar Negeri berkata, pihaknya akan terus menyusul perkara tersebut dengan agensi-agensi berkaitan di Malaysia dan Kedutaan Besar Republik Indonesia di Kuala Lumpur supaya pembebasan tersebut dapat dilakukan dengan segera.

Dalam kejadian Jumaat lalu, tujuh daripada 15 nelayan tempatan ditahan dan dipercayai dibawa ke perairan Indonesia oleh sebuah bot penguatkuasa perikanan negara itu ketika menangkap ikan di perairan Kota Tinggi kerana dikatakan menceroboh perairan negara itu.

Pasukan Gerakan Marin Malaysia pula dilaporkan menahan tiga orang petugas kementerian berkenaan ketika mereka sedang dalam proses menahan nelayan Malaysia itu.
Laporan media sebelum ini memetik Ketua Pengarah Pengawasan dan Pengendalian Sumber Daya Kelautan dan Perikanan Kementerian Kelautan dan Perikanan Indonesia, Aji Sularso sebagai berkata, bahawa kejadian itu berlaku dalam perairan Bintan, Kepulauan Riau, Indonesia. – Bernama

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: