Aspirin dan Asma

14 Aug

Sedikit aspirin boleh membantu wanita mengurangkan serangan asma, menurut satu kajian. Penyelidikan sebelum ini telah menunjukkan faedah yang sama untuk lelaki tetapi kajian ini, yang dikeluarkan dalam Jurnal British, Thorax, adalah yang pertama yang menunjukkan di mana aspirin mengurangkan risiko asma di kalangan wanita juga. Penemuan ini berdasarkan satu tinjauan besar-besaran terhadap hampir 40,000 profesional penjagaan kesihatan wanita Amerika Syarikat (AS), berusia 45 tahun dan lebih tua, dalam tempoh 10 tahun.
Separuh peserta, yang tidak mempunyai penyakit serius atau alahan apabila penyelidikan bermula, mengambil 100 miligram aspirin setiap dua hari, sementara separuh yang lain mengambil ubat yang mempunyai rupa bentuk yang sama, placebo.

Di dalam kumpulan(ubat) placebo, 963 kes baru asma dikesan, tetapi 872 kes baru kurang 10 peratus dilaporkan di kalangan wanita yang mengambil aspirin.
Aspirin yang dalam bentuk klasiknya dalam tablet 325 miligram mengurangkan
risiko asma tanpa mengira usia, status putus haid, tahap senaman atau
sekiranya merokok. Tetapi ia tidak mempunyai impak ke atas wanita gempal.
Kajian sebelum ini di kalangan doktor lelaki menunjukkan di mana aspirin
mengurangkan peluang asma kepada 22 peratus, walaupun dos yang diambil
adalah tiga kali ganda lebih tinggi.

Asma adalah penyakit kronik yang disebabkan keradangan dan bengkak di dalam saluran udara ke paru-paru, mengurangkan aliran udara. Menurut anggaran Organisasi Kesihatan Dunia, 300 juta penduduk mengalami asma di seluruh dunia, dan 255,000 orang kebanyakkannya di negara-negara miskin meninggal dunia akibat penyakit ini pada 2005. Antara mereka yang sudah dikesan dengan asma, aspirin boleh memburukkan simptom di dalam sekitar satu dari 10 kes, menurut penulis.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: