PDRM pertimbang siasat kes buang bayi

31 Jul

PDRM pertimbang siasat kes buang bayi ikut Seksyen 302, 307 Kanun Keseksaan

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) mempertimbangkan untuk menjalankan siasatan kes pembuangan bayi mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh dan Seksyen 307 kanun sama sebagai cubaan membunuh.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Bakri Zinin, berkata langkah itu selaras dengan keputusan Kabinet minggu lalu yang mahu pembuangan bayi diklasifikasikan sebagai kes bunuh bagi membolehkan hukuman lebih berat dikenakan terhadap mereka yang terbabit. “Peguam Negara sudah memberikan kenyataan (mereka yang membuang bayi sehingga menyebabkan kematian dituduh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan)… Ketua Polis Negara juga ada mengeluarkan kenyataan sama. “Sehubungan itu, kita berharap pelaksanaan hukuman berat ini dapat menangani kes pembuangan bayi di negara ini yang menunjukkan peningkatan kebelakangan ini,” katanya pada sidang media di pejabatnya di sini, pagi tadi.

Sementara itu, Mohd Bakri berkata, sejak 2005 hingga hari ini, sebanyak 472 kes pembuangan bayi dilaporkan di seluruh negara dengan 214 bayi berjaya diselamatkan dan 258 lagi ditemui mati.

Katanya, sepanjang tahun ini, sebanyak 65 kes pembuangan bayi dicatatkan iaitu 26 bayi lelaki, 25 perempuan dan 14 tidak diketahui jantina dengan sebahagian besar kes membabitkan kematian.

“Sepanjang tahun lalu, sebanyak 79 kes direkodkan di seluruh negara membabitkan 25 bayi lelaki, 29 perempuan dan 25 lagi tidak diketahui jantina. Selain rakyat tempatan, turut dikesan kes pembuangan bayi yang dilakukan oleh warga asing.
“Pada tahun ini saja, seramai 21 orang ditahan atas kesalahan membuang bayi yang mana enam sudah dituduh di mahkamah dan dua orang sudah dijatuhkan hukuman,” katanya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: