Cabul doktor semasa dirawat

23 Jul

SINGAPURA: SEORANG bekas jurutera didenda $8,000 semalam setelah didapati bersalah mencabul kehormatan seorang doktor semasa dirawat.

Pham Thai Ha, 30 tahun, seorang penduduk tetap, didapati bersalah memegang bahu dan cuba mencium doktor berusia 26 tahun itu semasa menerima rawatan bagi sakit ruam di jarinya.

Kejadian itu berlaku di sebuah klinik di Clementi pada 8 Jun tahun lalu.

Hakim Daerah Kamala Ponnampalam turut mendapatinya bersalah menggunakan kekerasan dengan mencengkam tangan doktor itu dan cuba menarik beliau ke arahnya.

Pada perbicaraan minggu lalu itu, doktor itu memberitahu, setelah memberi preskripsi krim antibiotik untuk ruam di tangannya, Pham mengadu terdapat ruam pada punggungnya.

Ketika diperiksa, Pham dikatakan menjadi ghairah dan cuba memegang tangan doktor itu.

Selepas memakai bajunya di belakang doktor itu, Pham kemudian memegang bahu doktor tersebut dan cuba menciumnya.

Ini menyebabkan doktor itu menjerit memanggil jururawatnya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: