Melayu pinjam ah long meningkat

11 May


KUALA LUMPUR 8 Okt. – Kalau sebelum ini trend meminjam daripada ah long sering dikaitkan dengan kaum Cina, kini peminjam Melayu juga diyakini kian meningkat.

Ini berdasarkan perangkaan Jabatan Pengaduan dan Perkhidmatan Awam MCA menunjukkan sebanyak 39 daripada 228 aduan kes atau 17 peratus, yang diterimanya dari awal tahun sehingga hari ini membabitkan peminjam Melayu.

Ketuanya, Datuk Michael Chong berkata, apa yang lebih mengejutkan daripada 39 pengadu tersebut ialah 18 daripadanya merupakan wanita.

Michael memberitahu, antara puncanya adalah segelintir mangsa memilih jalan singkat dengan meminjam daripada ah long selepas terjebak dalam skim cepat kaya yang dianggap satu ‘perniagaan.’

“Apabila saya bertanya lanjut kepada mereka apakah jenis ‘perniagaan’ yang dijalankan, barulah ada di antara mereka mengakui membuat pelaburan dalam skim cepat kaya.

“Mereka yakin boleh mendapat pulangan dengan kadar segera dan membayar ah long mengikut masa ditetapkan, namun akhirnya menerima padah.

“Mereka bagaimanapun menegaskan bahawa mereka tidak berjudi,” jelas Michael pada sidang akhbar di Wisma MCA di sini hari ini.

Sementara itu, Michael berkata, kesemua 228 kes yang diadu kepada pihaknya setakat ini, melibatkan hutang sebanyak RM24 juta.

Katanya, pecahan lain membabitkan peminjam adalah kaum Cina dan India, iaitu masing-masing 172 dan 17 kes.

“Trend orang Cina meminjam ah long tetap sama, puncanya iaitu berjudi,” jelas beliau.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: