Gerabak khas KTM komuter untuk wanita

29 Apr


KUALA LUMPUR: Gerabak khas untuk penumpang wanita KTM Komuter diperkenalkan hari ini dan mendapat reaksi positif.

Penumpang wanita yang menaiki gerabak berkenaan kelihatan selesa kerana mereka tidak perlu lagi berhimpit-himpit dengan penumpang lelaki dalam tren.

Nurul Hidayu Safein, 23, berkata kemudahan itu memberi kesenangan kepada beliau setiap kali menggunakan perkhidmatan KTM Komuter. Katanya, dengan pengasingan itu, beliau tidak perlu berebut dan berdiri lama dalam tren sebab bilangan penumpang berkurangan kerana gerabak itu tidak mempunyai penumpang lelaki.




Rabeah Abdullah, 50, berkata dengan adanya gerabak yang khusus untuk kaum wanita, peluang untuk golongan yang berumur seperti beliau untuk mendapatkan tempat duduk adalah lebih cerah.

Nur Hazimah Azmi, 21, berkata pengasingan gerabak itu boleh mengelak berlakunya gangguan seksual terhadap penumpang wanita terutama dalam keadaan sesak pada waktu puncak.

Gerabak khas itu boleh dikenal pasti melalui pelekat berwarna merah jambu yang ditampal di setiap cermin tingkapnya.
Pemangku Pengurus Kanan Perhubungan Korporat KTM Komuter, Mohd Fazil Ismail, berkata terdapat juga kain rentang yang dipasang di setiap platform selain pengumuman mengenai pengasingan gerabak itu dibuat di beberapa stesen.

“Di stesen KL Sentral dan Sentul, kami menyediakan kakitangan untuk mengawasi penumpang manakala di stesen Putra, Kuala Lumpur, Bank Negara dan beberapa stesen lain yang menghala ke Sentul, kami akan membuat pengumuman saja berikutan dari kekurangan pekerja,” katanya ketika mengiringi wartawan membuat tinjauan hari ini.

Mohd Fazli berkata, beberapa penumpang lelaki agak keliru dan ada yang masih menggunakan gerabak khas itu hari ini.

“Ianya akan mengambil masa lebih kurang tiga bulan untuk melatih orang ramai supaya mematuhi arahan kerana kami akan selaraskan peraturan baru ini dimulai dengan laluan dari stesen Sentul ke Port Klang dulu,” katanya.

Mohd Fazli berkata tempoh percubaan akan dilakukan selama seminggu untuk mendapatkan reaksi daripada orang ramai mengenai pengasingan gerabak itu dan pihak KTMB akan menaik taraf sistem tersebut di platform yang lain. – Bernama

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: