Datuk Sosilawati – Apa saya nak takut

28 Jan



KUALA LUMPUR: Usahawan kosmetik terkemuka, Datuk Sosilawati Lawiya akur dengan apa saja keputusan dibuat Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) berhubung siasatan terhadap dakwaan dia ditangkap khalwat pada malam tahun baru lalu, kerana yakin perkahwinannya dengan suami baru di luar negara sah dari sudut agama.

Pengasas produk kecantikan Nouvelles Visages itu berkata, pernikahannya hanya tidak sah dari segi undang-undang kerana tidak didaftarkan di negara ini.

“Saya tidak takut sebab pernikahan ini sah dari segi agama. Kami sah sebagai pasangan suami isteri cuma kami tidak mendaftar di Malaysia.

“Jadi apa juga keputusan Jais, saya akur. Kalau Jais membuat keputusan supaya saya membubarkan perkahwinan dan mendaftar kembali di negara ini, saya lakukan,” katanya di kediaman di sini, semalam.

Menurutnya, Jais sudah memanggilnya kelmarin dan Isnin depan, dia sekali lagi ke pejabat Jais di Shah Alam untuk mengemukakan surat akuan saksi pernikahannya pada 25 November lalu di Songkhla, Thailand.

“Jais meminta bukti dan membawa saksi, tetapi sebab saksi itu berada di Songkhla, dia perlu membuat surat akuan hadir semasa saya bernikah dan saya amat berharap kes ini diselesaikan secepat mungkin,” katanya.

Ditanya kenapa dia enggan mendedahkan suaminya sehingga kini, Sosilawati berkata, biarlah masalah itu diselesaikan dulu baru dia memperkenalkan lelaki yang menambat hatinya itu.

“Sampai bila saya hendak rahsiakan identiti dia kerana semua orang tahu, biarlah isu ini diselesaikan dulu, baru saya dedahkan,” katanya.

Sosilawati berkata, selepas kes itu diketahui umum, dia tetap bertemu orang ramai seperti biasa kerana tidak bersalah.

“Perkara ini antara saya dengan Tuhan, kalau ada tohmahan kepada saya pun, saya terima kerana itu hak individu,” katanya.

Menurutnya, sebagai wanita, dia memerlukan kasih sayang seorang bergelar suami dan perkara terpenting lelaki itu menerima anaknya, manakala anaknya menghormati bapa baru mereka.

“Walaupun kehidupan saya selesa dan pernah gagal dalam perkahwinan dua kali, saya tetap insan biasa yang mahu membina hidup berumah tangga,” katanya.

Sementara itu, Penolong Pengarah Unit Perhubungan Awam Jais, Mohd Hidayat Abd Rani, berkata Sosilawati sudah datang dua kali dan akan dipanggil mengikut keperluan.

“Siasatan masih berjalan dan kita tidak dapat memastikan bila keputusan dibuat kerana ia membabitkan banyak perkara,” katanya.

Sebelum ini Sosilawati dilaporkan ditangkap khalwat dengan seorang duda anak tiga di Astana Damansara, Petaling Jaya pada malam tahun baru serta meminta maaf kepada penguat kuasa kerana berada dalam keadaan boleh disyaki berkhalwat.

Usahawan itu bagaimanapun menafikan dia ditangkap khalwat, sebaliknya mengaku lelaki itu suaminya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: