Sentuh Kemaluan Kekasih

19 Oct

SOALAN

DAHULU saya seorang yang bergaul bebas dengan perempuan. Kemudian masuk universiti dan sampai sekarang saya berubah dari segi pergaulan dan pakaian.

Ketika itu, saya pernah tidur dengan seorang perempuan iaitu bekas kekasih saya. Saya ada menyentuh kemaluannya menggunakan jari. Adakah ini dikira berzina?

Saya runsing apabila memikirkan masa silam saya. Kadang kala saya takut dengan azab yang bakal saya terima daripada Allah.

IZAM,
Selangor.

JAWAPAN

SECARA umum zina ialah persetubuhan haram. Hukuman had (jamak, hudud) dikenakan bagi persetubuhan haram yang secara fizikalnya membabitkan “perbuatan memasukkan hasyafah (kepala zakar) lelaki ke dalam faraj perempuan.”

Menurut as-Shirazi, zina ialah “persetubuhan yang dilakukan oleh seorang lelaki Islam yang hidup di dalam negara Islam dengan seorang wanita yang dianggap haram disetubuhi tanpa akad atau seumpamanya dan tanpa hak milik atau seumpamanya sedang dia seorang yang waras, baligh, bebas memilih dan tahu perbuatannya itu adalah haram.

Ibn Qudama menyatakan, zina ialah “menyetubuhi pada kemaluan secara haram tanpa syubhah” (Paizah Haji Ismail, 1996: 174).

Perbuatan lain tidak termasuk dalam zina yang dikenakan hukum had termasuklah menyentuh kemaluan kekasih menggunakan jari, bercium, berpeluk, berkhalwat atau tidur bersama atas katil.

Perbuatan itu dikira perbuatan maksiat dan dikira percubaan melakukan zina atau mukaddimah zina.

Walaupun tidak dikenakan had, mereka boleh dikenakan hukum takzir (menurut bahasa, pencegahan).

Memandangkan anda sudah terlanjur berbuat demikian, anda hendaklah bertaubat kepada Allah dengan disematkan azam tidak mengulangi perbuatan keji itu. Pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan boleh membawa kepada jenayah zina.

~ Dr Abdul Salam Muhammad Shukri

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: