Penduduk Beijing hampir 20 juta orang

4 Sep

BEIJING: Jumlah penduduk di kota Beijing kini mencapai tahap 19.72 juta orang, berkembang lebih tiga peratus sejak dua tahun lalu, menyebabkannya menghadapi beban bekalan air, sistem perkhidmatan awam dan pengurusan masyarakat.

Menurut peraturan berkaitan pembangunan Beijing antara 2004 dan 2020 ditetapkan oleh Majlis Negara, jumlah penduduk tetap yang tinggal di ibu kota ini perlu dihadkan di bawah 18 juta orang sebelum hujung 2020. Bagaimanapun, satu laporan yang dikeluarkan baru-baru ini daripada pasukan penyelidikan penduduk dalam kongres rakyat menunjukkan menjelang hujung tahun lalu, kira-kira 12.46 juta orang di ibu kota ini memegang status penduduk tetap ‘hukao’ di sini. Tambahan 7.26 juta penduduk adalah pekerja pendatang yang tinggal di bandar lebih setahun setengah dan justeru dikelaskan sebagai penduduk tetap.

Selepas analisa perubahan dalam kependudukan pasukan itu mendapati penduduk bandar ini menjalani pertumbuhan pesat ketika empat tahun pertama dalam Rancangan Pembangunan Lima Tahun ke-11, terutama akibat ledakan apungan kependudukan. – Agensi

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: