Resdung – Punca dan Petuanya

14 Aug

Mencegah lebih baik daripada merawat. Lebih kurang macam itulah kata-kata yang selalu kita dengar.

Apa itu resdung??

Resdung
(sinusitis) adalah radang pada lapisan rongga hidung yang memiliki
beberapa pasangan iaitu frontal, ethmoid, maxillary dan sphenoif.

Apa dia punca resdung ni??

Alahan. Iaitu terhadap jenis makanan tertentu, habuk, parasit (demodex) dan kutu.

Apabila anda mengalami alahan, daging yang bertindak sebagai penapis udara di
dalam hidung akan membengkak. Seterusnya, ia menyebabkan pergerakan
udara tak dapat dikeluarkan.

Kalau udara tu tak dapat keluar, ia pastinya akan terkumpul kat dalam tu. Kesannya, kulat akan tumbuh dan kawasan dalam hidung menjadi semakin membengkak. Anda yang pernah mengalaminya pasti tahu tahap kesakitannya. Huhuhu…

Lebih parah lagi, resdung ni boleh merebak ke bahagian mata. Akibatnya, anda boleh hilang deria penglihatan dan ia juga boleh menjangkiti otak.

Tapi, resdung ni tak berjangkit kat orang lain atau diwarisi oleh keturunannya.

Petua Mencegah Resdung
1. Elakkan daripada memelihara binatang berbulu kat dalam rumah seperti kucing dan arnab.

2. Jangan menggunakan sarung bantal, cadar dan selimut yang diperbuat daripada bulu binatang.

Untuk hasil yang lebih baik, cuci 3 benda tadi dengan air panas. Tujuannya untuk membunuh serangga dan pepijat.

3. Ringankan tangan anda untuk membersihkan karpet/permaidani. Kalau perlu, gunakan penyedut hampagas (vacuum cleaner) yang berkualiti tinggi.

4. Kalau anda nak mengemas rumah, pakailah penutup hidung. Bukan pakai ketika musim jerebu jer.

5. Minum air suam/mineral dengan kadar yang banyak. Bagus juga kalau anda amalkan minum sup panas.

6. Selalulah lap muka anda dengan menggunakan tuala yang dibasahkan dengan air suam.

Lebih baik kalau anda sampai jer ke rumah, terus basuh muka. Maklumlah, kat luar tu kan banyak habuk dll.

7. Kalau anda ada alahan terhadap jenis makanan tertentu (contohnya makanan laut), janganlah makan makanan tu.

Ok,
sekarang anda dah tahu apa itu resdung dan puncanya, kan? Kalau anda
ada ahli keluarga anda atau kenalan yang mengalami masalah resdung ni,
bolehlah anda share dengan diorang petua ni.

Sumber: email

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: