Kematian Yasmin turut dirasai di Singapura

12 Jul

SINGAPURA: Kematian pengarah filem dan iklan terkenal Yasmin Ahmad di Kuala Lumpur malam semalam bukan sahaja meninggalkan kesan pada industri perfileman Malaysia malah ia turut dirasai oleh penggerak dan peminat filem di Singapura.

Dengan pemergian Yasmin, 51, akibat diserang strok, kini timbul tanda tanya apakah akan terjadi pada filem baru bakal arahannya di sini iaitu ”Go, Thaddeus” yang masih dalam proses awal pembikinan.

Filem ini yang didasarkan daripada novel Belinda Wee dan lakon layarnya diadaptasikan oleh Yasmin, mendapat dukungan daripada Suruhanjaya Filem Singapura, Majlis Sukan Singapura, Lembaga Pelancongan Singapura dan Jawatankuasa Penganjur Sukan Olimpik Belia Singapura 2010.

Filem kisah benar ini memaparkan kegigihan seorang ahli sukan triathlon remaja Singapura, Thaddeus Cheong, berusia 17 tahun yang meninggal dunia selepas perlumbaan saringan untuk ke Sukan SEA pada 2007.

Filem ini yang keseluruhan penggambarannya akan dilakukan di negara pulau ini dijadualkan ditayangkan pada umum di sini dan Malaysia pada Ogos tahun depan sempena menyambut Sukan Olimpik Belia yang julung kali diadakan dengan Singapura sebagai tuan rumahnya.

Penerbit filem itu, Ascension Pictures telah mula mencari pelakonnya dalam satu pemilihan di sini pada awal bulan ini.

Yasmin juga dikenali di sini kerana iklan kempen yang diarahkan olehnya untuk Kementerian Pembangunan Masyarakat, Belia dan Sukan Singapura.

Satu daripadanya ialah ”Eulogy” yang mengisahkan seorang balu mengimbau kisah suaminya di majlis pengembumiannya, dan satu lagi ialah ”Red Shoes”, mengisahkan seorang gadis remaja membesar bersama bapanya yang bujang. – Bernama

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: