Faraj Longgar

18 Apr

Soalan

SAYA baru melangsungkan perkahwinan tiga bulan lalu dan kami amat bahagia. Hubungan intim kami sangat menyenangkan, apatah lagi suami seorang yang sangat romantik.

Kami tidak merancang untuk mempunyai anak buat masa terdekat memandangkan sibuk dengan kerjaya masing-masing. Cuma, suami ada menegur mengenai bahagian alat sulit saya yang semakin longgar.

Saya bercadang untuk menggunakan produk di pasaran tetapi tidak yakin dengan bahan kandungannya. Menurut pandangan puan, adakah saya boleh mencuba pelbagai produk yang berlambak di pasaran kini?

Adakah cara lain untuk mengetatkan kembali bahagian alat sulit saya? Apakah kaedah membersihkan alat sulit menggunakan pencuci yang biasa ada di pasaran sudah memadai untuk menjaga kebersihannya?

NANA,
Petaling Jaya, Selangor

Jawapan

KEADAAN faraj longgar sangat jarang berlaku dalam wanita yang belum pernah melahirkan anak. Faraj adalah organ berotot yang berupaya mengembang atau menguncup.

Sewaktu rangsangan seksual, faraj boleh menjadi ‘lebih ketat’ dan zakar juga menegang dengan pengumpulan darah di dalamnya. Tahap ketat atau tegang ini boleh berubah mengikut tahap rangsangan seksual yang dialami.

Sementara itu, anda boleh berjumpa doktor untuk pemeriksaan dalaman, besar kemungkinan doktor akan mendapati faraj anda tidak longgar seperti disangkakan.

Terdapat produk berasaskan air yang tidak membahayakan kesihatan. Ia berfungsi melincirkan dan juga mengetatkan faraj. Bertanyalah pada doktor anda.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: