Archive | Petua Kesihatan Wanita RSS feed for this section

Panduan Jarakkan Kelahiran Anak

10 Jan

Perlu difahami kaedah pencegah kehamilan yang berkesan memerlukan kesungguhan dan pemahaman mengenai kesan sampingannya supaya seseorang tidak panik atau hilang kepercayaan pada kaedah terbabit.

Beberapa faktor perlu diambil kira iaitu:

-Hanya kaedah kondom sahaja yang tidak mengandungi hormon (seperti suntikan, pil, implan dan alat dalam rahim) atau bahan kimia (seperti alat dalam rahim yang mengandungi logam kuprum), namun ia memerlukan kesungguhan dalam pemakaiannya.

- Kaedah pil sesuai untuk mengatur kitaran dan jumlah haid di samping memberi banyak lagi kelebihan (pengurangan risiko kanser rahim, kanser ovari, penyakit payu dara benigna, penyakit ovari benigna, penyakit anemia dan senggugut), namun ia juga memerlukan kesungguhan dalam pengambilannya. Ia boleh memberi kesan sampingan penambahan berat badan, nafsu seks dan seumpamanya.

- Kaedah suntikan lebih mudah, hanya 8 hingga 12 minggu setiap kali namun ia boleh memberi gangguan haid dan kesan sampingan lain yang dinyatakan di atas (lebih jarang)

- Kaedah alat dalam rahim (sama ada mengandungi kuprum ataupun berhormon) bertahan lebih lama sehingga tiga tahun (atau lima tahun jika menggunakan IUD berhormon), ia mungkin kurang sesuai dari segi kos jika dia ingin hamil selepas satu hingga dua tahun.

- Kaedah azal atau pengiraan waktu subur bukanlah kaedah yang sangat berkesan terutama jika isteri tidak mempunyai kitaran haid yang tepat setiap kali.

- Pengguguran kandungan bukanlah kaedah merancang keluarga yang selamat.

PIL perancang terbahagi kepada tiga jenis utama iaitu:

- Pil berhormon tunggal (progestin sahaja) seperti Noriday,

- Pil berkombinasi estrogen dan progestin seperti Marvelon, Nordette, Regividon, Loette, Mercilon, Minulet dan Meliane atau

- Pil yang tidak mengandungi hormon progestin seperti Yasmin.

Pil perancang berhormon tunggal tidak mengurangkan penghasilan susu badan, ia lebih bersesuaian untuk ibu yang memilih untuk terus menyusu badan, namun ia mungkin menyebabkan gangguan haid serta memberi kesan sampingan lain seperti penambahan berat badan.

Pil berhormon kombinasi pula mempunyai banyak kelebihan lain. Antaranya:

- Mengurangkan jumlah darah sewaktu haid. Ini akan mengurangkan risiko anaemia, lantas mengurangkan keperluan rawatan penambahan hemoglobin darah misalnya pil zat besi, suntikan zat besi dan pendermaan darah.

- Menjadikan kitaran haid teratur. Pil perancang ada digunakan sebagai rawatan gangguan kitaran haid, satu keadaan yang sering dialami oleh gadis-gadis sewaktu awal didatangi haid.

- Mengurangkan risiko kanser ovari sebanyak 50 peratus.

- Mengurangkan risiko kanser rahim sebanyak 50 peratus.

- Mengurangkan risiko penyakit benign pada payudara

- Mengurangkan risiko penyakit peradangan pelvis (PID)

- Mengurangkan risiko endometriosis

- Mengurangkan senggugut

Namun, pil perancang berkombinasi juga mempunyai kekurangannya. Kandungan hormon estrogennya dikaitkan dengan risiko pembekuan darah dalam saluran vena yang boleh menyebabkan keadaan venousthromboembolism yang membahayakan. Risiko ini bagaimanapun kecil sahaja dan jauh lebih rendah jika dibandingkan jika wanita itu hamil.

Ia tidak sesuai untuk wanita yang disyaki mempunyai risiko penyakit jantung. Kandungan hormon progestin pula berkaitan dengan keadaan air tertahan di dalam badan menyebabkan sedikit penambahan berat badan serta masalah jerawat.

Dengan itu kini, ada jenis pil perancang yang didatangkan dalam dos yang lebih rendah (ultra rendah) bagi mengurangkan kesan sampingan di atas seperti penambahan berat badan dan jerawat.

Bagaimanapun, jenis lain yang sudah lama ada di pasaran juga masih dikategorikan sebagai rendah kandungan hormon.

Jenis berkombinasi tetapi tidak mengandungi hormon progestin seperti Yasmin pula lebih terkini di pasaran. Ketiadaan hormon progestin juga bermakna ia tidak menyebabkan penahanan air di dalam badan dan penambahan berat badan serta masalah kulit berminyak atau berjerawat.

Namun ia masih mempunyai kesan sampingan hormon estrogen seperti di atas. Selain ketiga-tiga jenis di atas, ada satu lagi jenis tambahan yang mengandungi hormon estrogen bersama-sama anti-androgen seperti Diane-35. Ia mempunyai kesan tambahan khas iaitu merawat masalah jerawat dengan berkesan.

Ada berpuluh jenama pil perancang di Malaysia. Ia lebih berupa sistem kafetaria iaitu pilihan jenis banyak tersedia untuk wanita memilihnya mengikut kesesuaian masing-masing. Anda seeloknya berbincang lebih lanjut dengan doktor anda mengenai kelebihan dan kekurangan masing-masing.

Jika jenis A lebih sesuai untuk seseorang, tidak semestinya ia sesuai untuk semua atau orang lain. Selain itu, tidak semestinya pil yang lebih terkini atau lebih mahal bermakna ia lebih baik untuk semua wanita. Ada wanita yang mudah mengalami penambahan berat badan maka dia lebih mementingkan soal penambahan berat badan, manakala ada wanita sudah serasi dengan jenama pil tertentu sejak anak pertama lagi dan mahu meneruskannya selepas kelahiran berikutnya.

Perbezaan harga yang ketara juga memainkan peranan dalam membuat pilihan. Apapun, ketiga-tiga jenis ini selamat digunakan secara amnya kecuali bagi kes-kes tertentu sahaja.

KAEDAH suntikan pencegah kehamilan di Malaysia tersedia dalam dua keluaran dan kedua-duanya mengandungi hormon progestin.

Jenis pertama mengandungi hormon progestin berjenis norethisterone enantate (berjenama noristerat yang bertahan selama lapan minggu) manakala jenis kedua mengandungi hormon progestin berjenis medroxyprogesterone acetate (depoprovera ) yang dapat bertahan selama 12 minggu.

Kedua-duanya mengandungi satu hormon sahaja yang menyamai hormon progesteron wanita. Kaedah suntikan amat berkesan iaitu melebihi 99 peratus. Dalam setiap 1,000 wanita yang menggunakan suntikan pencegah kehamilan untuk jangka masa setahun, hanya seorang dua saja yang hamil.

Ini berbeza berbanding jika isteri anda tidak menggunakan sebarang kaedah, risikonya hamil sekitar 80 peratus dalam masa setahun manakala kaedah azal atau waktu subur pula memberi risiko sehingga 25 peratus untuk hamil.

Di samping itu, kaedah suntikan juga mempunyai beberapa kebaikan lain seperti:

- Mengurangkan risiko kanser endometrium (sejenis kanser dalam rahim).

- Mengurangkan risiko kanser ovari.

- Mengurangkan risiko kehamilan luar rahim (ektopik).

Seperti mana-mana ubatan, kaedah suntikan juga mempunyai kesan sampingan tersendiri. Kesan sampingan kaedah suntikan yang sering didapati gangguan haid.

Pada awalnya haid menjadi lebih banyak dan berpanjangan, kemudian ia bertukar menjadi sedikit saja dan jarang atau tiada langsung. Ini tidak bermakna darah kotor tertahan dalam badan isteri anda.

Masalah penambahan berat badan juga boleh berlaku kepadanya seperti kebanyakan pengguna suntikan ini. Namun kesan sampingan lain jarang berlaku (kurang daripada 25 peratus saja) termasuk pening kepala, perubahan mood, masalah jerawat, penurunan nafsu seks dan payu dara tegang atau sakit.

Wanita yang mahu mengamalkan kaedah pil perancang perlu mendapatkan nasihat doktor masing-masing terlebih dulu dan mengambilnya mengikut aturan. Jika seseorang itu kerap terlupa mengambilnya, mungkin dia perlu bertukar kepada kaedah lain yang juga selamat.

Cara Atasi Masalah Keputihan Berbau!

23 Dec


Adakah anda seorang wanita yang mengalami masalah keputihan berbau? hehe kalau lelaki mana ade.. ekk.. Mesti ini semua agak menyusahkan. Jika tidak masakan Belinda Chee asyik sibuk kat TV sahaja cakap pasal hal ini. Mengapakah hal ini menjadi sesuatu yang menggusarkan? Ramai yang komplen dalam senyap sahaja kerana takut ramai yang tahu. Menurut pakar, penjagaan alat sulit atau alat kelamin amat penting kerana ia berkait rapat dengan pengeluaran darah haid, hubungan seks dan kehamilan. Bagi gadis-gadis yang belum berkahwin, pengeluaran keputihan menimbulkan persoalan samada mereka mengidap penyakit yang mengancam kesuburan mereka di masa hadapan kelak. Yang saya tahu:

■Hal ini menyebabkan kegatalan
■berbau dan kadang-kadang berketul-ketul
■Menyebabkan anda perlu memakai panty liner setiap hari..
Sifat serta banyaknya keputihan wanita boleh menunjukkan sebab mengapa ianya berlaku. Selain itu petunjuk lain juga penting iaitu tempoh ia berlaku, sama ada secara terus menerus atau hanya pada waktu tertentu sahaja, warna, bau disertai rasa gatal atau tidak.

Di bawah adalah beberapa contoh yang menyebabkan keputihan wanita yang abnormal:

■Jangkitan kulat, mengeluarkan keputihan wanita yang berwarna putih atau kekuningan, berlaku secara berterusan disertai rasa gatal, kebiasaannya disebabkan oleh kulat candida atau monillia
■jangkitan kuman trichomonas, jenis ini biasanya ditunjukkan oleh keluarnya cairan berwarna kehijauan dan serta rasa gatal
■Jangkita bakteria vaginosis, tandanya ialah keluarnya cairan yang berwarna kelabu dan berbau
■Penyakit yang menular melalui perhubungan seks, yang biasanya ditunjukkan dengan keluarnya cairan yang bersifat ‘cheesy’, berbau dan bercampur darah
■Kanser pangkal rahim iaitu apabila keluarnya cairan tetapi tidak gatal biasanya disertai bau busuk
Antara contoh penyebab keputihan wanita lain:

■Vaginitis atropik yang timbul di waktu usia lanjut (menopause) yang pada kebiasaannya disertai rasa nyilu disebabkan kurangnya hormon estrogen
■Ubat seperti : antibiotik, ubat yang mengandungi estrogen
■Kehadiran benda asing seperti benang, kain atau benda lain yang secara sengaja / tidak sengaja ada di dalam vagina.
Oleh itu, amat penting sekiranya hal ini diatasi segera!

“Ketahui Langkah Demi Langkah Untuk Mencegah Dan Menghilangkan Keputihan Secara Alternatif Selama-Lamanya Akhirnya Didedahkan…Tanpa Sebarang RISIKO!”

barah payu dara, pembunuh senyap bagi kaum wanita

10 Oct


KETULAN pada payu dara memang kerap berlaku. Setiap wanita yang mempunyai ketulan dalam payu daranya tidak sepatutnya membiarkannya tanpa mendapat nasihat, pemeriksaan dan ujian daripada doktor. Langkah ini penting kerana ketulan itu mungkin barah, walaupun kebanyakan ketulan dalam payu dara bukan daripada jenis barah. Kadar barah payu dara di negara barat seperti Amerika Syarikat adalah satu dalam 10 orang wanita. Di Malaysia kadar barah payu dara juga meningkat mencapai kadar negara maju.

Tanda-tanda barah payu dara adalah seperti berikut:

1. Ketulan dalam payu dara. Tanda ini adalah yang paling lazim didapati di kalangan wanita berpenyakit barah payu dara. Ketulan itu tidak menimbulkan kesakitan dan biasanya disedari secara tidak sengaja seperti semasa mandi ataupun semasa pemeriksaan sendiri payu dara.

Kadang-kadang ketulan disedari oleh orang lain seperti suami atau doktor yang memeriksa payu dara. Lazimnya ketulan terdapat pada bahagian atas dan luar payu dara (upper outer quadrant). Barah juga berlaku pada bahagian tengah, atau atas dan dalam payu dara tetapi pada kadar yang rendah.

2. Terdapat ketulan kelenjar yang membesar di bahagian ketiak.

3. Terdapat cairan seperti darah atau nanah yang keluar daripada puting payu dara.

4. Terdapat perubahan pada kulit payu dara. Perubahan yang perlu diperhatikan ialah kulit menyerupai kulit limau oren (peau d’orange) yang berlubang kecil. Keadaan ini menandakan bahawa barah telah merebak dan berkemungkinan besar saluran limfa telah tersumbat olehnya. Perubahan bentuk payu dara juga boleh menandakan terdapat barah padanya.

Semua wanita digalakkan untuk mengenali bentuk dan saiz payu daranya supaya perubahan yang berlaku dapat dikesan dengan cepat. Jika terdapat perubahan pada payu dara seperti yang telah disebutkan, wanita dinasihatkan supaya berjumpa doktor untuk pemeriksaan selanjutnya bagi membuktikan jenis ketulan yang ada dan mendapatkan rawatan yang sepatutnya.

Siapakah yang berisiko tinggi untuk mendapat barah payu dara?

1. Wanita mempunyai risiko 100 kali ganda lebih tinggi daripada lelaki. Risiko ini menjadi lebih tinggi pada era sebelum putus haid. Orang lelaki juga boleh mendapat penyakit barah payu dara.

2. Sejarah keluarga – Risiko barah payu dara bagi seseorang wanita berganda dua tiga kali jika terdapat sejarah penyakit payu dara pada keluarga terdekat (first degree

relatives) seperti ibu, kakak, adik atau emak saudara.

3. Sejarah barah – apabila seseorang wanita telah menghidap barah payu dara, risiko untuknya berulang lagi meninggi empat kali ganda. Ada kajian yang menyatakan bahawa ketulan atau penyakit payu dara yang bukan daripada jenis barah juga boleh meninggikan risiko untuk barah payu dara.

Kajian juga menunjukkan bahawa risiko untuk barah payu dara juga meninggi jika terdapat sejarah barah ovari, melanomas (barah kulit), usus dan rahim.

4. Sejarah haid dan pembiakan – wanita yang mempunyai masa yang lama dalam era reproduktif mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk barah payu dara. Ini bermakna wanita itu didatangi haid yang pertama pada umur yang agak awal (9 tahun) dan mencapai alam putus haid pada umur yang agak lewat (55 tahun ke atas). Melahirkan anak merendahkan risiko barah ini terutamanya jika kelahiran anak yang pertama berlaku sebelum ibu mencapai umur 30 tahun.

5. Pemakanan-pengambilan lemak secara berlebihan meninggikan risiko barah ini. Oleh itu wanita digalakkan untuk mengambil banyak sayur-sayuran dan mengurangkan kadar pengambilan lemak dalam makanan.

6. Pengambilan hormon – kajian telah menunjukkan bahawa wanita yang sudah putus haid dan mengguna hormon gantian (HRT- hormone replacement therapy) didapati mempunyai risiko barah payu dara yang lebih tinggi. Risiko ini meninggi hanya setelah lima tahun penggunaan hormon secara berterusan.

7. Obesiti – wanita yang mempunyai berat badan yang berlebihan juga mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk barah ini.

Berat badan unggul seseorang bergantung kepada ketinggian dan juga rangka badannya. Untuk mengetahui berat badan unggul, seseorang perlulah mengetahui Body mass index (BMI)nya. Formula untuk mengira BMI adalah seperti berikut:

Berat badan (kg) bahagi dengan tinggi (metres) kuasa dua. Julat BMI yang normal untuk wanita ialah 20-24. Sebelum puan mengambil langkah-langkah untuk menguruskan berat badan, puan perlu mengira BMI puan. Jika BMI berada dalam lingkungan yang normal, puan tidak perlu mengurangi berat puan.

Langkah untuk menguruskan badan memerlukan nasihat doktor supaya langkah yang diambil tidak membahayakan kesihatan tubuh badan secara am. Cara yang paling baik untuk mengurangkan berat badan ialah memastikan tenaga yang diperoleh melalui makanan adalah seimbang dengan penggunaannya.

Jika terdapat berlebihan input, penggunaan tenaga perlulah ditingkatkan seperti senaman untuk membakar lemak lebihan atau pemakanan dikawal supaya tiada lebihan tenaga disimpan sebagai lemak.

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.