Archive | Adolf Hitler RSS feed for this section

Adolf Hitler

10 Aug

Aku berbual dengan seorang manusia yang darjat pemikirannya setaraf lembu, tapi berlagak macam pemegang ijazah PhD dan aku amat terperanjat apabila membaca tesis beliau yang mengagung-agungkan Adolf Hitler melebihi keagungan para nabi dan para rasul.
Beliau bagaikan menganggap tokoh parti politik Nazi itu sebagai pembela agama Islam.

Maka aku katakan “Takkan dah habis semua tokoh Islam di dunia ini sampai kamu memilih si bodoh ini dijadikan tajuk?”
Beliau ketawa dan bertanya apa yang aku ketahui tentang Hitler.

Aku lalu menjawab bahawa Hitler itu bukan manusia tapi iblis yang tak berhati perut. Dia bertanggungjawab mencetuskan perang dunia yang mengorbankan berjuta-juta nyawa tak berdosa.

Malah tentera Fasis Jepun yang menyerang tanahair kita juga adalah sekutu rapatnya. Manakala satu lagi sekutunya di Eropah, fasis Italy berperanan memerangi negara islam seperti Libya dan Mesir.

Berjuta-juta nyawa orang awam terkorban hanya kerana dia gila kuasa serta mahu menunjuk-nunjuk kekuatan bangsa Jerman melebihi bangsa-bangsa lain dalam bidang militari.

Adakah itu gambaran seorang TOKOH ISLAM ?

Oleh kerana aku tak nampak sebarang pahala dalam mengagung-agungkan seorang pembunuh, maka sebarang usaha untuk meletakkan Hitler sebagai penegak agama Islam adalah semata-mata usaha yang merepek.

Lalu dia berkata : ” Baiklah, pihak British telah melakukan lebih dahsyat dari itu…pihak Jepun semasa zaman Emperor mereka juga sama…tapi kenapa dunia hanya menghukum Hitler dan meletakkan kesalahan malahan memburukkan nama Nazi seolah-olah Nazi masih wujud hari ini sedangkan mereka melupakan kesalahan pihak British kepada Scotland, pihak Jepun kepada dunia dan pihak Afrika Selatan kepada kaum kulit hitam mereka?”

HANYA KERANA DUNIA MEMBURUKKAN NAZI TAPI TAK MEMBURUKKAN JEPUN ?
LOGIKKAH ITU JADI ALASAN UNTUK MENGAGUNGKAN HITLER ?
SERIUS AKU TAK FAHAM !!!!

Daripada ungkapanya itu aku tahu tingkat pemikirannya berada pada darjat paling rendah.
Jika tingkat kebodohannya itu dilukis dalam carta pai bentuk nasi, maka kebodohan dia ini berada di lapisan kerak paling bawah.

Lalu aku cuba membalas soalannya dengan bahasa yang mudah dan tidak begitu sulit , sesuai dengan paras IQ beliau yang rendah luarbiasa:

“Hanya kerana kamu yang lupakan kekejaman tentera British, Jepun dan Apartheid di Afrika Selatan, itu tak bermakna orang lain ikut lupa.”

“Masih ramai orang yang masih mengenang kekejaman kolonial/fasis seperti itu.
Mana-mana penakluk yang membunuh peribumi atas nama meluaskan empayar sama hinanya dengan ideologi Nazi.
Cubalah keluar dari tempurung. Semua sejarah yang kau katakan itu memang keji.
termasuk juga perang-perang lain yang menghalalkan genocide seperti penjajahan zionisme Israel dan perang Bosnia
Dan di Rwanda,
dan kemboja dan macam-macam perang lagi,
Semuanya ada dalam lipatan sejarah-sejarah hitam. Aku tak pernah lupa”


ini cuma sedikit dari mangsa-mangsa perang dunia yang dicetuskan Hitler dalam kempen dakwahnya di Eropah

Aku lantas meminta alasan dari beliau. Beliau menyambung : “Ada dua sebab –

1. Prinsip Hitler berkaitan Yahudi, Zionisme dan penubuhan negara Israel. Hitler telah melancarkan Holocaust untuk menghapuskan Yahudi kerana beranggapan Yahudi akan menjahanamkan dunia pada suatu hari nanti.

2. Prinsip Hitler berkaitan Islam. Hitler telah belajar sejarah kerajaan terdahulu dan umat yang lampau, dan beliau telah menyatakan bahawa ada tiga tamadun yang terkuat, iaitu Parsi, Rome dan Arab. Ketiga-tiga tamadun ini telah menguasai dunia satu ketika dulu dan Parsi serta Rome telah mengembangkan tamadun mereka hingga hari ini, manakala Arab pula lebih kepada persengketaan sesama mereka sahaja. Beliau melihat ini sebagai satu masalah kerana Arab akan merosakkan Tamadun Islam yang beliau telah lihat begitu hebat satu ketika dulu.

Nah , di sinilah rahsia KEISLAMAN Adolf Hitler rupanya…
Aku cuba untuk tidak ketawa kerana khuatir beliau akan berasa kecil hati diperlekehkan di atas alasan-alasannya yang langsung tak intelek . Lalu jawabku :

1. Hanya kerana Hitler menghapuskan bangsa Yahudi maka dia seorang yang pejuang Islam?
Bagaimana dengan kerajaan-kerajaanan kuno yang lebih dahulu memerangi Yahudi?
Contohnya Kerajaan Roman yang melemparkan Yahudi ke dalam kandang singa dalam sukan gladiator.
Atau Firaun yang lebih dahulu pernah melancarkan pembasmian bayi-bayi Yahudi, menangkap mereka dan dijadikan hamba abdi ?
Kenapa tak dibuat saja tesis bertajuk
FIRAUN TOKOH PEJUANG ISLAM

Bukankah itu kelakar kerana Firaun dan Hitler , kedua-duanya kejam dan bukan penganut agama Allah.

2. Dan prinsip Hitler berkaitan agama Islam dari tamadun Parsi, Rome dan Arab.
kenapa cuma ceritakan 3 tamadun itu sahaja??
Kenapa mesti sembunyikan fakta-fakta lainnya ??

Sesuatu yang perlu kamu tahu tentang Hitler, dia bukan seorang ahli agama.. dia seorang ahli politik yang cuba mencari pengaruh dengan apa-apa cara sekalipun termasuk mengeksploitasi sifat fanatik manusia terhadap agama

Setahu saya Hitler juga pengkagum ajaran Confucius dan Buddha juga. Yang dilihatnya sebagai pemberi semangat spiritual.
Dan juga lambang Swastika yang diambilnya dari agama Hindu.
Malah Hitler pernah berkata dia adalah seorang katolik dan akan kekal sebagai katolik.

Dan Hitler paling kagum pada agama orang-orang jepun yang sanggup berkorban nyawa untuk tanah air.
Tahukah kamu kapal terbang Nazi menggugurkan beribu-ribu keping pamplet ramalan Nostradamus tentang kemunculan dirinya.

“In the year that is to come soon, and not far from Venus.
The two greatest ones of Asia and Africa.
Shall be said to come from the Rhine and Hister [Hitler]
Crying and tears shall be at Malta on the Italian Shore.”

Mungkin Hitler adalah satu-satunya tokoh ISLAM yang percaya pada ramalan dan tilik nasib ?


Hitler bertemu dengan ulamak semata-mata bagi melobi sokongan untuk mencapai cita-citanya menakluk Eropah


Hitler bertemu pula dengan paderi

Kepada ulamak dia akan gunakan sentimen anti-semitik umat islam agar menyokong perjuangan tentera jerman.

Dan kepada pembesar agama kristian , dia akan menggunakan alasan fitnah orang2 yahudi yang membuatkan Jesus terkorban di tiang salib..

Hitler memang manusia Ular.. lidah bercabang

dan ada banyak lagi di google dan youtube..

ANTARA GAMBAR-GAMBAR PROPAGANDA DENGAN CAPTION :

Beliau juga telah meberi peluang kepada tentera German yang beragama Islam untuk menunaikan solat ketika masuk waktu di mana jua…bahkan tentera German pernah bersolat di dataran Berlin dan Hitler ketika itu mennggu sehingga mereka tamat solat jemaah untuk menyampaikan ucapan beliau…

Okay !! kamu memang buta sejarah… ini gambar tentera Bosnia bukan tentera NAZI ..tengok topi pun dah tau lain.
Dalam Perang Dunia ke-2 , Bosnia adalah sekutu Jerman .. Hanya kerana Hitler membenarkan Askar Islam Bosnia bersolat, tidaklah bermakna hitler itu seorang tokoh Islam.
George Bush juga membenarkan tentera amerika beragama Islam untuk bersolat adakah George Bush juga seorang tokoh Islam ?

Ya, Hitler tidak pernah menjamah arak sepanjang hayat beliau…minuman kebiasaan beliau ialah teh menggunakan uncang khas…aku tak pasti tentang menu nazi, tapi bolehkah kamu buktikan yang Hitler tak makan BABI ?

Bukanlah tujuan penulisan ini untuk memburukkan mana-mana agama..

PERLU DIFAHAMI ,NAZI ADALAH SEBUAH PARTI POLITIK YANG TAK MEWAKILI MANA-MANA AGAMA ..
NAZI ADALAH SATU IDEOLOGI RADIKAL HALUAN KANAN – ULTRA RIGHT- YANG MENCARI PENGARUH DENGAN CARA MENYALAKAN API PERKAUMAN

Penulisan ini bukan untuk mencela semata-mata , tetapi bertujuan untuk menyingkap fakta yang disembunyikan bagi mengelakkan kekeliruan dan kemungkinan wujudnya islam baru bermazhab Hitler.
Semoga kita semua beroleh manfaat.

Sumber: Ädi Sälvätruchä

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.